Wednesday, March 25, 2009

SEJARAH PUSAT SUMBER
SK.SIMPANG EMPAT


Pusat Sumber Sekolah SK.Simpang Empat terletak di blok bangunan 4 tingkat belakang di aras 2. Mempunyai keluasan 6 bay untuk ruang PSS dan 1 bay ruang pejabat. Bersebelahan dengan bilik tayang dan Bilik BBM. 2 bay bahagian belakang sebelum ini dipinjamkan untuk kelas Pendidikan Moral, tetapi mulai tahun 2009 ia telah dibuka semula untuk PSS.


Selain dari itu rangkaian PSS terdiri daripada sebuah bilik komputer yang terletak di Aras 1 blok pertama dan bilik ekses di Aras 3 blok pertama. Penggunaan bilik komputer dan bilik ekses telah disusun di dalam jadual p&p.
PSS SK.Simpang Empat dilengkapi dengan kemudahan infra struktur yang menyahut cabaran pendidikan masa kini. Kedudukannya amat sesuai dan selesa, mudah bagi setiap pengguna untuk menikmati kemudahan yang disediakan. Bilik tayang dilengkapi dengan kmudahan LCD yang lengkap dan suasana pembelajaran yang menambat setiap hati pelajar untuk belajar.
Di awalnya, PSS ditadbir oleh En.Zulkifli bin Abd. Aziz sehinggalah tahun 2005. Selepas itu mulai tahun 2006 hingga kini di bawah kelolaan Puan Noriah bt Arshad. Jumlah buku hamper mencecah 9 ribu buah.


Kini sistem automasi digunakan dalam urusan pinjaman dan pemulangan. Buku – buku telah siap dikemaskini untuk program ini hampir 85 peratus dan ianya terus dikemaskini dari semasa ke semasa. Penggunaan sistem automasi ini telah bermula dari tahun 2008.
Mulai bulan JUlai 2007, PSS telah mengembangkan khidmatnya ke Asrama SEKASEH. Di sini telah diwujudkan 2 Mini PSS untuk Aspura dan aspuri yang mengandungi 400 buah buku. Ini adalah untuk menyuntik minat pelajar yang sentiasa mencintai ilmu dan buku.





VISI PSS

Menggunakan kemudahan teknologi pendidikan secara optima dan pembelajaran sepanjang hayat




MISI PSS

Kami guru – guru bersama – sama melaksanakan sistem pendidikan berteraskan ilmu pengetahuan untuk melahirkan genarasi pelajar yang cemerlang. Dengan cara meningkatkan mutu pendidikan dan penghayatan sepanjang hayat.

No comments:

Post a Comment