Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera Terlebih dahulu saya mengucapkan kesyukuran ke hadrat Allah kerana dengan limpah dan izinnya kita dapat mewujudkan satu laman Web Sekolah yang amat bermakna kepada anak anak didik dan komuniti sekolah ini. Pada hari ini anak anak kita dapat merasai bahawa usaha yang mereka lakukan selama ini telah membuahkan kejayaan yang di capai. Tanpa dorongan yang kuat dan disiplin yang tinggi mereka tidak akan mampu berada di tahap ini. Kejayaan mereka adalah hasil daripada sokongan padu guru-guru dan PIBG sekolah ini. Sekolah Kebangsaan Simpang Empat , merupakan salah satu daripada 350 buah sekolah di seluruh negara yang telah di perkasakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Oleh itu sistem pembelajaran dan pendekatan pengurusan juga seiring dengan matlamat tersebut. Beberapa program telah dirancang agar sekolah ini sentiasa dalam landasan kehendak aspirasi negara. Penggunaan bahasa Inggeris dalam pembelajaran menjadi teras kepada sistem pendidikan masa kini. Pihak sekolah bersungguh-sungguh untuk menjayakan program ini. Justeru itu sokongan ibubapa amat dihargai bagi memantapkan lagi program sekolah Saya bagi pihak pengurusan sekolah dan PIBG ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah mengiktiraf sekolah ini menerima Anugerah Sekolah Asrama Luar Bandar Cemerlang Peringkat Kebangsaan pada tahun 2007. Sekian terima kasih. Meja Guru Besar
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara.